Aktiviti dan Program

Sukan Tahunan SKGTD 2010

28 APRIL 2010

Sukan Tahunan SK Gual To'Deh telah diadakan pada 28 April 2010. Acara diadakan dipadang dan dataran sekolah. Pelbagai acara telah dilangsungkan antaranya sukanera, olahraga dan acara guru dan PIBG. Program ini telah mendapat kerjasama dan sokongan pada dari PIBG. Perasmian penutup dirasmikan oleh Mentor SKGT. Acara berjalan dengan lancar dan meriah sekali.




Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-34 SK Gual To'deh


16 April 2010


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-34 telah diadakan bagi membincangkan perkara berbangkit dan merangka pelan strategik bagi pelaksanaan program melibatkan pelajar,ibubapa dan guru. Sambutan para ibubapa bagi majlis ini sangat memberangsangkan dan mendapat pujian pelbagai pihak. Hadir merasmikan majlis perjumpaan ini ialah Pn Pegawai Pelajaran Daerah Pasir Mas Kelantan iaitu Pn Rosnah Bt Wan Ibrahim. Turt hadir ialah Pengerusi PIBG SK Gual To'Deh iaitu Dato Saari dan juga timbalannya. Dalam mesyuarat ini pelbagi isu dibangkitkan dan pelbagai penyelesaian dicadangkan dan pelan pelaksaan juga dirangka bagi memantapkan lagi hubungan pihak sekolah dengan pihak ibubapa pelajar.





Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah 2010

4hb Mac 2010



Perlawan Bola Jaring Peringkat Zon Gual Periok

10/03/2010

Suasana sukan mula dirasai apabila perlawanan bola jaring antara sekolah-sekolah peringkat zon Gual Periok diadakan di Sekolah Kebangsaan Gual To'Deh. Semua sekolah rendah kawasan zon Gual Periok akan menyertai perlawanan ini. Walaubagaimana, terdapat juga sekolah yang tidak menghantar wakil mereka diatas sebab tertentu. Perlawanan ini berlangsung selama sehari dan telah dimenangi oleh SK Gual Tinggi ( Johan ) manakala naib johan Sk Seri Kiambang dan SK Gual To'deh berpuas hati dengan tempat ke-3. Acara berlangsung dengan jayanya dan semangat kesukanan begitu tinggi dikalangan peserta dan ajk terlibat.




  PERLANTIKAN PENGAWAS, PUSTAKAWAN DAN KETUA KELAS  

28 FEB 2010


Selepas 2 bulan sekolah berjalan, hari ini secara rasminya Pengawas, Pustakawan dan Ketua Kelas telah lantik dalam majlis yang sederhana. Seramai lebih kurang 50 orang pelajar telah dilantik dengan jawatan tersebut. Acara dimulakan dengan perhimpunan minggu biasa dan pada sesi terakhir perhimpunan diadakna majlis perlantikan secara rasmi.





Acara perlantikkan dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar iaitu Pn Hasmah Bt Harun dan selepas itu bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas SK Gual To'Deh. Selepas bacaan Ikrar majlis diteruskan dengan penyampaian sijil perlantik oleh Puan Guru Besar. Akhir sekali bacaan doa dipanjatkan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah SWT oleh Ust Pauzi b. Wok Iaitu PK HEM. Ternyata raut wajah ceria dan gembira semua pelajar yang dilantik pada hari itu terserlah kerana bagi menghargai sumbangan mereka membantu sekolah bagi melancarkan proses P&P. Diharap semua Pengawas, Pustakawan dan Ketua Darjah dapat memikul tanggungjawab ini dengan amanah, bertanggungjawab serta dapat membantu sekolah dalam melancarkan segala proses P&P.


Sekian

     LAWATAN KE KUALA LUMPUR DAN MELAKA 2010       
 
Pihak sekolah telah menganjurkan lawatan selama 3hari 2malam ke Kuala Lumpur dan Melaka. Lawatan ini diadakan sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina 2010 pada 14,15 dan 16 Februari 2010. Seramai 25 orang murid dan 4 orang guru pengiring menyertai lawatan ini. Pelajar dan guru bertolak dari Sk Gual Todeh pada Sabtu malam dengan menaiki bas yang disewa khas dan sampai pada sebelah pagi di Kulala Lumpur. Dalam jam 7 pagi, bas tiba di Kuala Lumpur dan singgah di Masjid Negara bagi menyiapkan diri untuk program seterusnya.




Disini pelajar dapat melihat makan pahlawan dan negarawan yang dikebumikan dikawasan perkuburan pahlawan. Antara tokoh yang tersohor ialah beberapa bekas Perdana Menteri Malaysia dan ramai lagi. Pelajar juga dibawa ke bangunan kebanggaan Malaysia iaitu KLCC. Disini pelajar dibawa melawat galeri petronas dan tempat beli belah SURIA KLCC. Selepas itu, pelajar diarah bersiap untuk ke program seterusnya iaitu ke Melaka Bandar Raya Bersejarah.





Disini pelajar dibawa masuk ke ZOO Melaka, bandar hilir, Taman Mini, A Famosa , Menara Taming Sari, Eye On Malaysia dan mengelilingi bandar melaka. terdapat pelbagai tempat bersejarah dan menarik di Melaka. Selepas selesai lawatan ke seluruh Melaka, Pelajar diarah bersiap untuk perjalanan pulang ke Kelantan pada malamnya. Pelajar begitu teruja dan seronok dengan aktiviti-aktivi yang dirancang dan segala program berjalan dengan lancar. Tiada sebarang kesulitan dan perkara tidak diingini berlaku. Selepas sampai di SK Gual To'Deh Pelajar diambil oleh ibubapa masing-masing dan balik ke rumah masing.
Sekian.
.........................................................................<<<>>>..............................................................................

      KUNJUNGAN RAKAN GURU DARI SEKOLAH DUNGUN       
11HB FEB 2010

Kunjungan guru-guru dari Dungun Terengganu ke SK Gual To'Deh. Kunjungan ini di sambut dengan mesra oleh kakitangan SKGTD dan menjadikan ukhwah diantara kedua-dua sekolah lebih erat lagi. Pelawat-pelawat disambut dengan jamuan makan tengahari yang disediakan oleh SKGTD bertempat di kantin sekolah.
 

.............................................................................<<<>>>..........................................................................

              GOTONG-ROYONG JAN 2010                

SK Gual To'Deh sekali lagi memenuhi kalendar program dengan mengadakan Program Gotong-Royong menceriakan sekolah. Para guru, pelajar dan kakitangan sekolah mengembeleng tenaga menceriakan dan mengindahkan lagi kawasan sekolah. Para pelajar dipecahkan dengan kerja masing dan diawasi oleh guru-guru bagi melancarkan perjalanan program. Semangat yang ditunjukkan oleh warga SK Gual To'Deh begitu membanggakan dan seharusnya diberi pujian.

Dengan bangunan baru yang serba baru membuatkan semua warga SK Gual To'Deh merasakan lebih selesa dan aman. Gotong-royong kali ini melibatkan bilik darjah, menamakan pokok-pokok, menghiasi dinding-dinding sekolah dengan hiasan dinding dan seluruh kawasan sekolah. Selepas selesai gotong-royong, pihak sekolah menyediakan jamuan ringan bagi semua yang terlibat.
Diharap program-program seperti ini dapat di teruskan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara warga sekolah. wassalam..

.....................................................................................<<<<>>>................................................................

                    Mesyuarat Penyelaras ICT                 

Salam Sejahtera
Bermula jam 2.30 ptg, mesyuarat kali pertama bagi guru penyelaras ICT sekolah di adakan di PKG Rantau Panjang. Mesyuarat ini dihadiri oleh kesemua wakil dari seluruh sekolah kawasan Dun Gual Periok. Dalam mesyuarat ini, ia menyentuh mengenai pengumpulan data guru yang mempunyai kemahiran dalam ICT, membincang perancangan strategik mengenai pelaksaan ICT di seklolah masing-masing, penarafan bintang mengikut prestasi atau kecemerlangan dalam menggayakan ICT dalam sekolah dan juga berkaitan permasalahan yang berlaku di makmal serta peratan berkaitan ICT.
Dipenghujung mesyuarat guru-guru diberi peluang untuk menyatakan masalah dan mengsyorkan pendapat bagi meningkatkan lagi tahap ICT di sekolah. Pengurusan ICT yang berkesan dapat membantu pihak sekolah serta kerajaan melaksanakan dasar yang ditetapkan dengan lebih pantas serta tersusun. Pihak kerajaan telah membekalkan AntiVirus yang baru untuk di 'install' kedalam komputer disekolah. Mesyuarat berakhir pada jam 3.50 ptg dan disertakan dengan jamuan ringan.
Sekian.

.................................................................................<<<>>>......................................................................
 

 MAJLIS PERJUMPAAN IBUBAPA TAHUN 6 DAN GURU-GURU 
01 Feb 2010, Isnin

Salam Sejahtera 

Pada hari ini, kesemua ibubapa pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR telah dijemput ke program Majlis Perjumpaan Ibubapa dana Muafakat Kecemerlangan Akademik kali pertama di Makmal Bestari. Program bermula seawal 9.30pagi dan dihadiri oleh para pelajar,ibubapa,guru-guru yang mengajar tahun 6, guru-guru penolong kanan, guru besar dan juga penceramah jemputan yang juga mentor bagi SK Gual To'Deh iaitu Tn. Hj Ahmad mewakili PPD Pasir Mas. Seramai 54 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini yang dijangka pada bulan September. Dalam program ini, ibubapa dan pelajar diberi maklum mengenai target,pencapaian akademik sekolah dan juga analisa berkaitan akademik secara sepintas lalu. 
 


Guru Besar mengambil kesempatan ini memberi kata-kata semangat dan perangsang kepada ibubapa dan pelajar bagi menaikkan lagi semangat untuk terus berusaha mencapai kejayaan. Bagi mentor SK Gual To'Deh, Tn. Hj Ahmad, kerjasama dan pengorbanan semua pihak dalam memupuk ukhwah bagi menjaya sesuatu program yang dirancang amatlah dititik beratkan. Tn Hj Ahmad juga tidak kedekut untuk mengkongsi pengalaman beliau bagi memberikan gambaran serta membuka minda hadirin sekalian. Beliau sangat mengharapkan peningkatan prestasi sekolah supaya SK Gual To'Deh dapat bersaing diperingkat yang lebih tinggi. Dalam program ini juga, PK Pentadbiran membentangkan target,analisis dan prestasi yang meliputi sekolah ini. Segala data dan maklumat dikongsi kepada semua hadirin bagi memberi gambaran sebenar keadaan dan situasi sekolah secara keseluruhannya. 



Dalam program ini juga, terdapat sesi dialog atau soal jawab antara ibubapa dan pihak pentadbir dalam merangka sesuatu program supaya mendapat persetujuan kesemua pihak. Program ini sangat bermanfaat kepada ibubapa dan pelajar bagi meningkatkan kesedaran dan memberi sedikit sebanyak info mengenai status prestasi anak mereka. Program-program ini akan diteruskan sehingga tahap profesionalisme timbul dalam diri ibubapa dan pelajar untuk sama-sama membangunkan anak bangsa kearah kecemerlangan.

Sekian.