Kenali SKGTD

                             SEJARAH SEKOLAH                       

Pada akhir tahun 1957, satu jawatankuasa telah dibentuk untuk mengadakan sebuah sekolah dikawasan kampung Gual To'Deh. Jawatankuasa tersebut ialah En.Taib b. Awang Hamat, En hamat Daud, En. Ismail( pak Wen ), En. Mohd Zin b. Hj.Taib, En che sof b. Che Noh dan Pak Chik Kar. Dengan usaha jawatankuasa tersebut pada bulan Februari 1958 sebuah sekolah didirikan berukuran 20X50 kaki persegi diatas sebidang tanah yang luasnya 985 depa persegi. Segala perbelanjaan untuk mendapatkan tapak dana bangunan ditanggung oleh jawatankuasa dan penduduk kampung Gual To'Deh. Bangunan ini hanya diperbuat dari kayu bulat dan atap sagu sahaja. Jawatankuasa sekolah pada peringkat awal melantik En. Yusuf bin Ahmad salah seorang yang bekerja kuat untuk menjayakan sekolah ini sebagai guru yang pertama. Tiga bulan kemudian, berlaku pertambahan murid dan guru ditambah seramai dua orang iaitu En.Ab.Rahman Ahmad dan Saadiah Abu Bakar kerana sambutan dari orang ramai begitu menggalakkan. Sekolah ini kekurangan guru. Dua guru lagi dipilih untuk bertugas disekolah ini. Pada keseluruhan guru-guru yang dilantik adalah anak tempatan yang berkelulusan sekoalah melayu. Pada 10hb Dis 2008, majlis penyerahan bangunan baru telah dilakukan oleh jurutera JKR. Gotong-royong telah diadakan bersama ibubapa,guru-guru,kakitangan dan murid-murid untuk memindahkan segala peralatan dan perabut daripada bangunan lama ke bangunan baru. Sekolah Kebangsaan Gual To'deh mula beroperasi dibangunan baru pada 4hb Jan 2009 sehingga sekarang.




                             LOGO SEKOLAH                          



                              MOTO SEKOLAH                           


           USAHA JAYA          


                                     VISI DAN MISI                                       

VISI
•Meletakkan Sekolah Kebangsaan Gual To’ Deh Menjadi Antara Sepuluh Sekolah Cemerlang Peringkat PPD Tahun 2010.

MISI
•Untuk Memberi Pendidikan Yang Menyeluruh Dan Berkualiti Melalui Pendekatan Bersepadu Bagi Melahirkan Modal Insan Yang Cemerlang Melalui Budaya Permuafakatan Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dan Aspirasi Negara.


                        PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH                   

KAMI WARGA PENDIDIK
SEKOLAH KEBANGSAAN GUAL TO'DEH
BERIKRAR DAN BERJANJI DENGAN
PENUH TEKAD DAN ILTIZAM UNTUK :

1. Sentiasa bersedia untuk membantu dan memberi layanan yang mesra dan memuaskan.
2. Memastikan setiap murid mendapat tempat belajar
yang selesa, memuaskan, berkualiti dan didikan yang sempurna.
3. Memastikan segala urusan Hal Ehwal Murid dengan ibubapa/penjaga dapat disegerakan.
4. Memastikan Perkhidmatan Penyayang dan Permuafakatan sentiasa diamalkan.
5. Memastikan segala Program Pendidikan dapat dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual.